PERKAKASAN

Okay..Meh kita kenal dengan beberapa perkakasan camping yang asas tapi amat berguna ketika perkhemahan. Mula-mula kita nak cerita pasal khemah. Khemah ada pelbagai jenis. Tapi untuk perkhemahan rekreasi, khemah yang paling praktikal ialah jenis Dome.


Sebab khemah jenis Dome ni mudah di bawa dan diselenggara kan.  Rata-rata camping pun memang orang guna khemah ni. Khemah Dome ni ada yang jenis 2 lapis dan ada yang selapis je. Untuk lebih perlindungan cari lah yang dua lapis sebab ia lebih tahan panas dan lebih selamat ketika hujan. Macam gambar ni khemah 2 lapis yang berbumbung.
Khemah Dome ada jenis personal, 4 men tent dan 6 men tent. Pilih kualiti yang baik supaya ia tahan lebih lama.




 
Yang ni pulak Sleeping Bag. Sleeping bag yang paling simple tapi dah cukup dah untuk aktiviti camping kamu tu. Cukup untuk buat kamu tidur nyenyak tanpa perlu risau menggigil kesejukan. =)










Mass tin atau periuk serba guna. Sangat praktikal untuk memasak. Satu set mass tin ni ada 2 periuk aluminium berbentuk segi empat dan mempunyai tangkai. Biasanya mass tin ni digunakan atas dapur aluminium yang menggunakan fuel tablet. Perkakasan ni boleh dibeli di kedai peralatan perkhemahan atau pasaraya tertentu.



Haa...ini lah dapur yang saya maksudkan tadi.. Kecil tapi praktikal. Yang ni pun boleh dibeli di kedai peralatan perkhemahan. Masukkan je fuel tablet tu kat tengah2, nyalakan dan letak mass tin atau periuk kecil atas dapur ni. Dah boleh mula masak. Senang je. Tak payah susah2 cari kayu api kan?




Ok...ini pula rupa fuel tablet atau lilin mudah bakar. Mudah je nak guna. Letakkan di tengah2 dapur dan nyalakan. Boleh juga diguna untuk menyalakan unggun api atau bara barbeque.










Pisau serbaguna.. Ada pelbagai jenis pisau serbaguna macam ni di pasaran. Tapi kena pilih betul-betul kualiti dan fungsinya. Pastikan setiap bahagian pisau ini boleh digunakan dengan baik. Kalau tak, rugi lah kan? =)






Rasanya itu sahaja perkakasan asas yang sangat berguna ketika perkhemahan. Ada beberapa lagi peralatan yang tidak kurang pentingnya. InsyaAllah bila berkesempatan nanti, saya akan update lagi peralatan-peralatan baru atau lama yang sangat berguna ketika perkhemahan.