CHECKLIST CAMPING

Sebelum kita nak berangkat untuk perkhemahan, kita kena make sure beberapa benda penting. First, bare in mind, kita nak tinggal dalam khemah, bukannya bilik hotel. So, berpada-pada lah dalam perkhemahan. Bawa mana yang perlu dan penting sahaja. Peralatan perkhemahan yang harus dibawa bergantung kepada tempat, saiz kumpulan, aktiviti dan tempoh perkhemahan. Kat sini saya kongsi apa yang perlu ada dalam beg galas (camping backpack) anda. 

Ini senarai peralatan asas yang diperlukan untuk perkhemahan : -
  1. Khemah - Khemah jenis Dome adalah yang paling praktikal. Senang di bawa dan di selenggara.
  2. Beg Galas - sudah semestinya untuk menyumbat semua perkakasan anda. Pilih yang sesuai.
  3. Dapur - terdapat pelbagai jenis dapur yang sesuai utk camping. Saya akan terangkan kemudian.
  4. Pelita - Jenis minyak atau gas
  5. Mass tin/periuk kecil , pinggan, sudu dan garpu
  6. Botol air / cawan / bekas minum
  7. Pisau - digalakkan membawa pisau pelbagai guna yang all in 1 tu. Tapi make sure semuanya berfungsi.
  8. Lampu Picit - jangan lupa bawa bateri dan mentol tambahan.
  9. Mancis dan lilin (lighter pun boleh)
  10. First Aid Kit - atleast yang paling basic pun ok.
  11. Tali
  12. Baju hujan / Ponco
  13. Parang - saiz kecil atau sederhana. Tak payah lah bawa yang sebesar alam tu.. Hehe
  14. Bekas air tambahan
  15. Selimut / Sleeping Bag
Yang tersenarai tu barang-barang asas yang perlu ada. Jangan lupa pastikan barang-barang peribadi anda seperti toiletries, pakaian, kasut yang bersesuaian, peta, ubat-ubatan, topi dan sebagainya adalah lengkap dan mencukupi. Tak perlu lah bawa pakaian atau barang kosmetik alaa2 nak melancong pula. Bawalah yang bersesuaian. Baju panas atau sweater juga penting sebab biasanya kawasan-kawasan perkhemahan seperti pantai dan hutan, cuacanya agak dingin pada waktu malam. Kalau tak nak menggigil kesejukan, jangan lupa bawa okay..

Barang-barang berharga seperti barang kemas, radio dan laptop tu tak payah lah bawa. Lagipun niat utama kita kan nak cari ketenangan. =)

Hurm...itu je kot buat masa ni.. Nanti Sarah kongsikan lagi kalau ada apa-apa yang perlu di tambah kay.. *wink wink..~